KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau begitu sayang kepada negara ini dan sayangnya kepada Malaysia sehingga ke hujung nyawa.
Disebabkan itu, katanya, beliau tunjukkan perasaan ambil berat secara aktif terhadap kesejahteraan Malaysia.
Kenyataan itu bagi menjawab soalan yang ditanya kenapa beliau terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini/
“Maksud mereka, kenapa saya tak bersara shaaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih.
“Jawapan saya — kenapa pula saya tak patut ambil peduli? Saya orang Malaysia. Saya orang Melayu. Ini negara saya. Saya lahir di sini. Saya membesar di sini. Dan saya banyak dapat manfaat daripada negara ni.
“Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin.
Negara ini hebat. Iklimnya amat baik. Tanahnya subur.
“Kaya dengan bermacam hasil galian. Bagi saya, ia menawar pelbagai. Dan banyak sudahpun tertunai. Ia boleh beri lebih lagi. Kalau kita tahu macam mana nak buat,” kata Dr. Mahathir dalam hantaran terbaharu di Facebook.
Lagipun, kata Dr. Mahathir, Malaysia ini negaranya dan beliau tiada tempat lain nak pergi.
Selain daripada itu, beliau tidak pernah lupa bahawa di dunia ini ada orang lain yang tidak ada negara, tiada tanah yang mereka boleh panggil tanah mereka sendiri, ujarnya. – MalaysiaGazette
















kalau sayang malaysia mengaku kesalahan dan bersedia masuk penjara gantj tempat najib yang tak bersalah. bari lah berjiwa bessr