PUTRAJAYA – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Isham Jalil tidak ‘ambil hati’ dengan tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Rafizi Ramli yang mengambil ‘kredit’ dalam isu krisis kehakiman ketika ini.
Beliau berkata, sebaliknya tindakan bekas Menteri Ekonomi itu dialu-alukan, asalkan ahli Parlimen Pandan itu ‘lawan” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pada saya, dia nak tunggang, tungganglah janji ‘lawan’ Anwar,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika berarak dalam himpunan peguam di Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Isham juga menyindir Rafizi kerana tidak kelihatan dalam perhimpunan anjuran Majlis Peguam Malaysia itu, sedangkan beliau menjadi panel membincangkan krisis kehakiman itu, pada Sabtu lalu.
“Saya sudah ulas panjang lebar pasal isu ini, tapi hari ini saya tak nampak pula muka dia.
“Apa ni Rafizi, cakap tak serupa bikin, orang semua datang, kau tak datang, atau dia datang saat akhir, saya tak tahu lah,” katanya.
Sementara itu, Isham juga memuji Majlis Peguam Malaysia yang menganjurkan perarakan yang melibatkan hampir 2,000 peguam dari seluruh negara itu.
“Mereka tak nak campur tangan kehakiman dan mereka tak nak lantikan politik hakim, dulu GLC lantikan politik pun tak nak.
“Sekarang takkan kita nak lantikan politik hakim, tak boleh. Kita kena ada pengasingan kuasa, kita kena pertahankan betul-betul.
“Sebab itu hari ini tak kira bangsa dan agama, peguam-peguam berarak dari Istana Kehakiman ke bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri),” katanya.
Katanya lagi, para peguam yang turun ke jalanan kerana mereka membantah campur tangan politik dalam lantikan hakim.
“Sebab itu mereka berarak hari ini, mereka ini bukan ahli politk ya, mereka ini peguam, malah penjawat awam pun sokong kebebasan badan kehakiman.
“Ini bukan soal politik, tapi ini soal kita punya negara apa nak jadi ya.
“Kalau Eksekutif kawal kehakiman, hancurlah kepercayaan rakyat kepada kita punya institusi kehakiman,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

















bukar sekadar tunggang tonggeng pun tak apa janji anwar