Dua mahasiswa Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) terkorban setelah terbabit dalam kemalangan di di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang. hari ini

 

 

KUANTAN – Dua mahasiswa Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) maut apabila motosikal yang dinaiki merempuh sebuah ambulans di Jalan Gambang, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati  ambulans itu dalam perjalanan membawa pesakit dari arah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan ke arah Bukit Rangin.

Tambahnya, ketika membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dengan siren dibunyikan, sebuah motosikal dari arah Gambang telah melanggar ambulans tersebut.

Semasa kejadian ambulans dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun bersama  pembantu,”  katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Adli berkata, penunggang motosikal, Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas manakala pembonceng motosikal, Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah HTAA.

Jelasnya, pemandu dan pembantu pemandu ambulans mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast