Sebahagian pengamal undang-undang dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman dari perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 JULAI 2025

KUALA LUMPUR  – Seramai 600 peserta yang menyertai Perhimpunan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman di Putrajaya semalam mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kesemua yang hadir dalam perhimpunan itu melibatkan ahli Majlis Peguam Malaysia (MPM).

“MPM telah mengadakan perhimpunan itu sekitar jam 12.30 tengahari hingga 4 petang bermula dari Istana Kehakiman hingga ke Pejabat Perdana Perdana Menteri.

“Perhimpunan ini diadakan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan gangguan urusan pelantikan dan keputusan kehakiman serta menggesa pengisian segera kekosongan jawatan hakim,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sepanjang himpunan itu berlansung polis turut membuat kawalan bagi mengekang daripada sebarang insiden berlaku.

Semalam, media melaporkan perarakan himpunan itu bagi menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast