Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-269 & Majlis Penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Isu keselamatan negara, pelantikan hakim dan cadangan pengharaman vape antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269, yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada hari ini, Majlis telah disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaffar,” katanya.

Syed Danial juga memaklumkan, mesyuarat yang sama turut membincangkan mengenai pelantikan hakim termasuk Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi selain pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan serta Ketua Hakim Negara.

“Majlis juga mengambil maklum cadangan untuk mengharamkan sepenuhnya penjualan dan penggunaan vape atau rokok elektronik di Malaysia.

“Turut dibentangkan ialah Pandangan Hukum Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-126 dan 127, serta Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Tahun 2025,” maklumnya lagi.

Selain itu bMajlis turut diberi maklum mengenai keperluan pendaftaran perkahwinan melibatkan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia serta kertas keputusan Jemaah Menteri berhubung cadangan dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak secara berpusat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast