Gambar media sosial.

DAMSYIK – Istana presiden dan ibu pejabat kementerian pertahanan antara sasaran serangan rejim pengganas zionis ke atas ibu kota Syria, Damsyik pada Rabu.

Video dikeluarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan kesan serangan menyebabkan asap berkepul-kepul, menurut laporanMiddle East Eye.

Difahamkan seorang telah terbunuh manakala 18 lagi cedera.

Tindakan pencerobohan itu dilancarkan sehari selepas pasukan tentera mara ke bandar Sweida yang didiami puak Druze untuk mengawasi pelaksanaan gencatan senjata yang dipersetujui bersama puak Bedouin.

Rejim Zionis mengambil peluang untuk campur tangan dalam konflik dalaman di Damsyik kononnya untuk melindungi komuniti Druze. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast