MASSACHUSETTS – Apa yang sepatutnya menjadi detik romantik dan dirakam menerusi Kiss Cam semasa konsert Coldplay sebaliknya mencetuskan dakwaan mengenai hubungan sulit sehingga tular ke serata dunia.
Ketika persembahan band ternama itu di Gillette Stadium di Foxborough, Massachusetts pada Rabu, Chris Martin menghiburkan penonton dengan lagu improvisasi bertajuk “The Jumbotron Song”, di mana beliau menyanyi tentang pasangan-pasangan yang dipaparkan secara langsung di skrin besar.
Namun, reaksi salah satu pasangan mencetuskan tanda tanya sehingga penyanyi berusia 48 tahun itu tidak dapat menahan diri daripada mengulas.
“Wah, tengok pasangan ini, sama ada mereka sedang menjalinkan hubungan sulit atau mereka sangat pemalu,” Martin berseloroh sambil merujuk paparan seorang lelaki dan wanita yang kelihatan sangat mesra.
Jenaka yang disambut dengan gelak tawa daripada penonton itu mendapat reaksi berbeza daripada pasangan berkenaan.
Sebaik perhatian tertumpu kepada mereka, wanita itu terus memalingkan muka dan mengelak daripada kamera manakala lelaki tersebut juga berundur keluar daripada bingkai.
Penyiasat dalam talian mendakwa lelaki berambut kelabu itu adalah Andy Byron, Ketua Pegawai Eksekutif Astronomer, sebuah syarikat teknologi berpangkalan di New York manakala wanita berkenaan adalah Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat tersebut, Kristin Cabot.
Difahamkan, isteri Andy telah nyahaktif akaun FB beliau selepas membuang nama keluar daripada akaunnya.
Manakala Andy sendiri telah meletakkan tetapan peribadi (private) di akaun LinkedIn beliau. – Agensi
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















