ISKANDAR PUTERI – Perselisihan faham dengan ibu membuatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melarikan diri dari rumah sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri M Kumarasan berkata, namun remaja berkenaan ditemukan selamat di Kuala Lumpur semalam.
“Sebelum ini remaja terbabit, R Sue Farieda Prajamani dilaporkan hilang kira-kira pukul 4 petang dan kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran di Gelang Patah di sini.
“Ibunya yang berusia 51 tahun kemudian membuat laporan polis kehilangan remaja itu pada 5.08 petang kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kelmarin, media melaporkan seorang remaja perempuan tersebut hilang sejak Isnin dan pihak keluarganya membuat hebahan untuk mencarinya.- MalaysiaGazette
















