KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan, Wan Nur Adlima Batrisya Wan Mohammad, 17 yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dilaporkan bapanya selepas mendapati gadis itu tidak berada di bilik tidurnya petang hari kejadian.
“Kali terakhir Wan Nur Adlima Batrisya dilihat berada di rumah mereka di Kampung Seberang Sungai Ular, di sini.
“Sejurus mendapati ketiadaan anak nya itu, lelaki berkenaan cuba menghubunginya menerusi telefon bimbit namun gagal.
“Dia seterusnya mencari anaknya itu di sekitar Cerating selain bertanya dengan rakan-rakannya, namun tidak mendapat maklumat berhubung keberadaan ,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, Mohd Adli menyeru mana-mana pihak yang berjumpa atau mempunyai maklumat lanjut mengenai gadis itu agar tampil ke mana-mana balai polis terdekat. – MalaysiaGazette
















