KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor sebagai Canselor yang pertama di Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Selangor (UIS) kali ke-27.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada  Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Canselor Universiti Islam Selangor yang baharu.

Seterusnya Sultan Selangor berkenan mengurniakan watikah
pelantikan Pro-Canselor I kepada Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin dan Ahli Dewan Diraja Selangor sebagai Pro-Canselor II, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Sultan Selangor dalam titahnya turut berkenan melancarkan
penjenamaan semula Pusat Konvokesyen UIS sebagai Dewan Sultan Idris Shah, UIS.

“MAIS berharap, UIS akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan memaksimumkan penghasilan pelajar yang cemerlang malahan berkualiti dalam bidang profesional dan hebat di sisi agama,” katanya dalam kenyataan.

UIS, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik penuh MAIS yang ditubuhkan di bawah Akta IPT Swasta (IPTS) 1996. UIS yang sebelum ini ialah Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR), kemudian dinaik taraf ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS) yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan seterusnya dinaik taraf kepada universiti penuh bermula tahun 2022.

UIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Program-program telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan merangkumi pelbagai bidang seperti Pengajian Islam, Undang-undang, Perniagaan, Perbankan Islam, Industri Halal, Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat selaras dengan keperluan pasaran dan perkembangan global. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast