KUALA LUMPUR – Tujuh mangsa cedera selepas kereta Toyota Wish dinaiki mereka terbabas dan melanggar kunci air di Jalan Belia 2, Sungai Besar dekat sini hari ini.
Menurut bomba, salah seorang daripada mangsa tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pihaknya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang.
Enam lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam di lokasi kejadian. Kesemua mereka diserahkan dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk dirawat. – MalaysiaGazette
















