KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengumumkan tarikh 15 September depan iaitu hari Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengisytiharan itu diharapkan dapat meningkatkan ukhuwah dan perpaduan serta dapat mengingatkan rakyat terhadap kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia.
Beliau berkata demikian semasa mengumumkan Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini. – MalaysiaGazette
















