Gambar fail

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan reman lima individu termasuk jurutera, penolong jurutera, kakitangan dan bekas kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini kerana dipercayai menerima rasuah kira-kira RM200,000 daripada beberapa kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja di PBT berkenaan.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 23 Julai 2025 ke atas kelima-lima suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an telah dikeluarkan Majistret Yong Ching Hong selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi tadi.

Menurut sumber, kelima-lima suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 7 malam semalam.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, beberapa pegawai dan kakitangan PBT berkenaan dipercayai telah menerima wang rasuah secara pindahan wang ke akan peribadi masing-masing sejak tahun 2022 sehingga kini daripada beberapa kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja di tempat mereka berkhidmat.

“Wang rasuah yang itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu mendapatkan sebut harga dan tender melibatkan kerja-kerja di PBT berkenaan dari tempoh 2022 hingga 2025,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy Ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kelima-lima suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast