Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada ASEAN Semiconductor Summit' di Hotel One World Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL 24 JULAI 2025.

PETALING JAYA – Eksport semikonduktor Malaysia terus mengekalkan daya tahan apabila meningkat 15.7 peratus dalam tempoh enam bulan pertama pada tahun ini mengatasi pertumbuhan eksport keseluruhan sebanyak 3.8 peratus.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, prestasi separuh pertama 2025 jelas menunjukkan kepentingan dan berdaya saing Malaysia dalam sektor semikonduktor global walaupun berdepan cabaran global.

“Setiap RM1 yang dibelanjakan akan menjana lebih RM2 dalam hasil langsung merentasi ekonomi melalui rantaian bekalan, sektor sokongan dan pendapatan isi rumah.

“Secara keseluruhan, industri ini menjana hasil ekonomi sebanyak RM4.9 trilion pada tahun lalu, menggariskan peranannya sebagai pemangkin nasional,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir pada ASEAN Semiconductor Summit’ di Hotel One World Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL 24 JULAI 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 hari ini.

Tengku Zafrul menambah, aspek yang tidak kurang penting ialah pertumbuhan itu turut berkembang dari Pulau Pinang dan Selangor ke Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

“Apa yang menjadikan industri ini penting ialah impaknya yang meluas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast