Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) ketika gimik pelancaran pembukaan TBG Mall hari ini

GOMBAK – Pembukaan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) Mall bakal menjadi mercu tanda baharu untuk Gombak dan Negeri Selangor, sekali gus menjadi nadi pertumbuhan ekonomi setempat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, TBG Mall menggabungkan pelbagai kemudahan dalam satu kompleks tujuh tingkat yang menempatkan terminal bas, pusat komersial, dewan serbaguna serta ruang riadah untuk komuniti.

 “Kita mahu TBG Mall menjadi seperti ‘substation’ kepada KL Sentral, iaitu hab transit yang bukan sahaja menghubungkan pelbagai jenis pengangkutan awam, tetapi turut menawarkan kemudahan runcit dan ruang sosial kepada masyarakat.

“Gombak hari ini bukan lagi kawasan pinggir bandar, sebaliknya zon pertumbuhan ekonomi pesat dan gerbang utama ke Lembah Klang serta Negeri Selangor.

“Kedudukannya yang strategik di sempadan Kuala Lumpur menjadikan Gombak antara lokasi paling penting dari sudut infrastruktur, perhubungan dan pelaburan.  Maka, kewujudan TBG Mall di kawasan ini amat signifikan. 

“la bukan sekadar pusat beli-belah biasa, tetapi merupakan kompleks serba lengkap yang menggabungkan elemen komersial, pengangkutan, rekreasi dan komuniti dalam satu ekosistem,” ujarnya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Pembukaan TBG Mall di sini, hari ini.

Jelasnya, secara keseluruhan, kadar penghunian TBG Mall kini telah mencapai 85 peratus.

Lokasi strategik TBG Mall dengan sambungan mudah ke Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak dengan Projek Rel Pantai Timur (ECRL) menjadikannya destinasi utama beli-belah dan transit di kawasan ini.

“Sebagai kerajaan negeri, kita mahu pembangunan seperti ini bersifat inklusif memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Kita tidak mahu projek han menguntungkan pemaju semata-mata, tetapi benar- benar memberi kesan pos kepada ekonomi rakyat dan komuniti setempat.

“Kejayaan sesebuah projek tidak diukur pada saiz atau reka bentuk bangunannya sahaja, tetapi pada sumbangannya kepada kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast