Foto IG Nelydia Senrose.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nelydia Senrose kini bergelar datin selepas suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid merupakan salah seorang daripada 58 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Melalui entri dimuat naik di Instagram, Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan atas limpah perkenan Al-Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran buat suami tercinta.

“Merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 kepada suami tercinta @mhafezhalimi,” tulis Nelydia.

Kelmarin, Kesultanan Pahang melalui kemaskini di Facebook (FB) berkongsi, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, Kuantan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast