Teto Martin. Foto FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuatkan pasukannya dengan mengumumkan kehadiran pemain tengah Sepanyol, Alberto Martin Diaz bagi menghadapi musim baharu bermula bulan depan.

Pemain berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Teto Martin itu diperkenalkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Pemain tengah muda Sepanyol kami. Selamat datang ke Johor Darul Ta’zim FC, Teto!,” menurut kelab itu menerusi hantaran di media sosial itu.

Teto akan menyarung jersi nombor 20 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, pemain muda itu bersama sebuah kelab Sepanyal, CD Tenerife selama 14 tahun dengan 98 penampilan rasmi dan menjaringkan enam gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast