Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima buku RMK-13 daripada Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah di Putrajaya. 30 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY C

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.

Perdana Menteri berkata, penyerahan dokumen itu menandakan berakhirnya fasa penyediaan pelan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030 sekali gus membuka tirai kepada perbincangan dasar yang akan menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, RMK-13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.

“Penyediaannya membabitkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.

“Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok. Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast