KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkenan menyertai sendiri latihan bersama Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Kursus Komando TUDM.
Baginda berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025 pada Isnin lalu.
Menurut hantaran di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang pada hari ini, Tengku Hassanal menyertai kursus berkenaan yang dijadualkan berlangsung selama tiga bulan bermula semalam hingga akhir Oktober ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Panglima Rejimen TUDM, Brigadier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim
Paskau merupakan unit elit di bawah TUDM yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan ruang udara negara.
Pasukan tersebut ditubuhkan bagi menangani situasi kritikal seperti rampasan pesawat, ancaman ke atas pangkalan udara serta operasi khas berisiko tinggi kepada negara. – MalaysiaGazette
















