Home Nasional Lelaki sengaja hulur kaki bawah lori miliki 19 kes dadah

Lelaki sengaja hulur kaki bawah lori miliki 19 kes dadah

KUALA LUMPUR – Lelaki yang bertindak berani menghulurkan kakinya di bahagian bawah sebuah lori di kawasan lampu isyarat berhampiran Jalan Pekan Bangi Lama, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pemandu lori terbabit sekitar jam 4.48 petang semalam.

“Dalam kejadian sekitar jam 10.45 pagi itu, pengadu berusia 33 tahun memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak dikenali telah menghulurkan kakinya di bahagian tayar sebelah kanan belakang lori.

“Apabila dia turun untuk membuat pemeriksaan mendapati, suspek berada di tepi jalan bersama motosikalnya dan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Pengadu juga memberitahu dia mempunyai rakaman papan pemuka sebagai bukti sekiranya suspek mendakwa dia sengaja dilanggar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek yang berusia 43 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital dan masih dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah.

Naazroon menambah, hasil semakan lanjut ke atas suspek didapati mempunyai 19 rekod kes dadah dan dua kes jenayah lampau.

“Kita akan membuat tangkapan apabila prosedur rawatan terhadap suspek selesai dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakamam memaprkan seorang penunggang motosikal menghulurkan kaki secara sengaja di bawah tayar lori yang sedang membelok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast