KUALA LUMPUR – Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas bagi pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia kerana kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad.
Menurut beliau, data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan tersebut.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran kerana penghargaan SARA ini dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.
“Inisiatif penghargaan SARA membolehkan sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi.
“Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500 dan bukannya hanya RM100 seisi rumah,” katanya pada sesi pemberitahuan waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang minta menteri kewangan menjelaskan proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima dan berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA itu.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kredit itu boleh dibelanjakan di lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai ini dan akan bertambah dari
semasa ke semasa,
Ia melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.
Antara premis yang berdaftar adalah seperti Giant, Mydin, Bataras, C-Mart dan TF Value-Mart.
“Sekiranya terdapat premis yang ingin berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA, mereka boleh membuat permohonan kepada Yayasan MyKasih untuk proses selanjutnya.
“Untuk makluman, senarai pasar raya dan kedai runcit ini bukan muktamad dan sejak pengumuman Perdana Menteri dibuat pada 23 Julai 2025, jumlah ini telah meningkat. Sekiranya terdapat pasar raya dan kedai runcit yang berminat untuk turut serta, mereka boleh menghubungi pihak MyKasih untuk mendaftar.
“Dengan pelaksanaan penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025 iaitu kenaikan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion ringgit pada tahun 2024,” katanya. – MalaysiaGazette

















berkaitan pemberian penghargaan kpd rakyat spt tiada keikhlasan krn rm100 itu bkn kte bole memilih utk membelanjakan spt mne kte mahu Dan perlu membeli di pasaraya tertntu yg d mne oh ini x bole oh ini bole.ianya sesuatu yg melecehkn rakyat.bknnya x brsyukur tp renungkn lh sndri apa yg sy cbe smpai kn ni,ibarat ko tlh mndptkn sesuatu tp ko x kne gne ikt caranya apakah ni d namakn penghargaan buat rakyat?jgn bg LG bgus klu bgitu,JD kn contoh pd zaman Najib ia bg BRim itu bru lh penghargaan krn kte mmg mndptkn Nye tnpa syarat tertntu utk mngunaknnya ianya trjadi krn itulah keikhlasan n pmghrgaan Dr Kerajaan buat rakyat.moga madani akn sukses n jgn ego utk tiru apa yg elok prnh pembangkang buat dlu utk madani buat.pttnye JD lbih elok bkn x elok hadoi tlg bg Syed saddiq plk lh JD pm ye ini masanya utk org2 tua rehat bykk Amal ibadah bia org mudah plk pikirkn usahakn utk negara ni pls bg lh chance Kali ni je pls Lau x JD kte bg blik pd org2 tua yg xtau nk rest utk nikmati idup mrk ni hahaha