Mohd Sufian (kiri) menunjukkan kelongsong peluru yang dilupuskan pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Sisa elektronik (e-waste) melibatkan timah, tembaga serta kelongsong peluru antara barangan yang dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat bernilai RM1.08 juta, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, pelupusan itu  melibatkan 47 kertas siasatan yang telah selesai mulai tahun 2016 hingga 2025 merangkumi pelbagai jenis kategori barang kes.

“Sebanyak mpat kertas siasatan melibatkan kes kontraban iaitu minuman keras dan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM425,000.

“Enam kertas siasatan pula melibatkan rampasan 239 unit mesin bitcoin bernilai RM167,000, manakala kes perjudian pula sebanyak 26 kertas siasatan melibatkan rampasan 84 unit set komputer dan telefon bimbit bernilai RM84,000.

“Seterusnya satu kertas siasatan melibatkan rampasan 69 guni jumbo timah dan tembaga, empat tong sisa timah dan empat kotak kelongsong peluru dengan nilai anggaran rampasan RM412,225,” katanya.

Barang kes membabitkan rampasan ewaste yang dilupuskan pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas pelaksanaan Majlis Pelupusan Barang Kes IPD Kuala Langat hari ini yang turut dihadiri Majistret Mahkamah Telok Datok, Maslinda Selamat semalam. 

Tambah Mohd Sufian, ia merupakan jumlah terbesar pelupusan barang kes di bawah IPD Kuala Langat dan tindakan itu dilakukan dapat menjimatkan ruang penyimpanan.

Ia termasuk mengurangkan lambakan barang kes di stor penyimpanan IPD Kuala Langat yang semakin padat sekaligus mencerminkan kepatuhan terhadap perundangan sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast