Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan RMK 13 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto MOHD ADZLAN, 31 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Malaysia menyasarkan peningkatan nilai eksport halal negara kepada RM80 bilion dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata, sumbangan industri Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut dijangka meningkat kepada 11 peratus.

Menurutnya, sasaran itu seriring dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia serta pembangunan Taman Perindustrian Halal (Halal Industrial Park) di beberapa negeri termasuk Melaka, Perak dan Kelantan.

“Langkah ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global selain meningkatkan daya saing sektor ini di pasaran antarabangsa.

“Pengukuhan ekosistem halal negara akan membuka peluang pelaburan lebih besar, sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Parlimen di sini hari ini.

Anwar turut berkata, industri halal antara sektor strategik berimpak tinggi yang diberi perhatian oleh kerajaan selain industri kewangan, pelancongan, kreatif dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast