KUALA LUMPUR – Kedah FA menerima berita gembira apabila permohonan untuk mengadakan perlawanan Liga A1 Semi-Pro pada waktu malam di Stadium Darul Aman diluluskan oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL).
Menurut pengumuman rasmi KFA, semua perlawanan di gelanggang sendiri akan berlangsung pada jam 8.45 malam berbanding jadual asal 4.45 petang.
KFA sebelum ini memohon pertukaran waktu perlawanan bagi menarik lebih ramai penonton ke Stadium Darul Aman.
Perlawanan pertama mereka di laman sendiri musim ini adalah menentang Kelantan Red Warrior pada 13 September. – MalaysiaGazette















