Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada ahli keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah atau anak mana-mana VIP terlibat dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Ketua Polis Daerah Papar, Supt Kamaruddin Ambo Sakka menegaskan, siasatan pihak polis tidak menemui sebarang bukti yang menyokong dakwaan yang tersebar, baru-baru ini.

“Kami menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

https://malaysiagazette.com/2025/08/01/keluarga-mohon-kubur-zara-qairina-digali-semula-cari-punca-sebenar-kematian/

https://malaysiagazette.com/2025/07/30/kes-kematian-zara-qairina-dibangkitkan-di-dewan-rakyat/

Kamaruddin turut memberi jaminan bahawa siasatan dilakukan secara teliti, telus dan adil.

Zara Qairina, 13, yang merupakan pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ditemui kira-kira 3 pagi, 16 Julai lalu dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.

Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 1 tengah hari, keesokan harinya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast