Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. -Foto: SUMBER MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kematian anaknya dengan mana-mana individu berprofil tinggi atau dikenali di Sabah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam mewakili ibu pelajar Tingkatan 1 itu yang maut baru-baru ini iaitu Noraidah Lamat.

Sebaliknya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, sebarang andaian atau dakwaan sedemikian adalah tidak berasas dan tidak datang daripada anak guam mereka.

“Anak guam kami juga tidak mempunyai sebarang maklumat atau pengetahuan berkaitan dakwaan kononnya terdapat teriakan “kau pembunuh” oleh para pelajar kepada seorang pelajar tertentu pada hari kejadian.

Perkara ini hanyalah diketahui oleh anak guam kami mencrusi hantaran yang tular di media sosial,” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu kata kedua-dua peguam berkenaan, anak guamnya tidak mengeluarkan kenyataan mengatakan terdapat tiga pelajar sckolah telah dipindahkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapisa Limauan pada hari kemnatian Zara.

Ujarnya, perkara itu hanya diketahui oleh Noraidah selepas ianya tular di media sosial.

Sehubungan itu, mereka menyeru orang ramai menghentikan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan sama ada terhadap Zara, anak guam dan individu-individu lain.

“Tindakan menyebarkan dakwaan palsu boleh mengganggu stasatan polis dan menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, peguam keluarga remaja yang maut tragis itu berkata, pihak yang mempunyai maklumat dialu-alukan membantu siasatan polis dengan menyalurkannya kepada pihak berkuasa tersebut.

Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan dijumpai tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar, Sabah pada 4 pagi, 16 Julai lepas.

Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai dan kes kematian pelajar berkenaan tular serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian berkenaan.

Beliau mengesahkan seramai kira-kira 60 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast