Datuk Seri Wan Rosdy menyantuni pelajar sekolah yang menyertai Klinik Bola Sepak Bawah 12 Tahun (U12) Negeri Pahang di Stadium Darul Makmur di sini

KUANTAN – Stadium Darul Makmur bersedia menjadi tuan rumah kepada acara-acara sukan bertaraf antarabangsa dalam usaha menjadikan Pahang sebagai destinasi utama dalam kalendar sukan negara dan serantau.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini secara tidak langsung ia akan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan, khususnya sektor sukan pelancongan, perhotelan, makanan dan perkhidmatan di negeri ini.

“Hari ini saya merasmikan Padang Stadium Darul Makmur di mana kerajaan negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.1 juta untuk menggantikan padang lama ‘cow grass’ dengan yang baru ‘Bermuda Tifgrand’.

“Alhamdulillah saya lihat tadi padangnya sangat bermutu dan telah mendapat pengiktirafan dunai daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi Program Kualiti FIFA bagi Permukaan Padang Semula Jadi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini.

Selain itu, Wan Rosdy turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri dan Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) untuk memasyarakatkan stadium itu agar menjadi pusat interaksi sosial, sukan komuniti dan riadah keluarga untuk penduduk Pahang.

Padang itu mula dinaik taraf pada September 2024 dengan peruntukan keseluruhan RM1.6 juta, yang mana RM1.1 juta peruntukan daripada Kerajaan Negeri, manakala RM500,000 ringgit merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast