Ahli Parlimen Pendang menyatakan bahawa Peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dan tekanan ekonomi yang dihadapi oleh kaum Bumiputera pada ketika itu. Menurutnya, keadaan tersebut telah mendorong kerajaan mewujudkan Rancangan Malaysia (RMK) sebagai satu langkah dasar untuk membetulkan jurang ekonomi antara kaum dan memastikan pembangunan yang lebih seimbang.















