KUALA LUMPUR – Seorang broker tanah di Negeri Sembilan direman selepas disyaki menggunakan suatu dokumen iaitu geran yang disyaki mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah yang berjumlah kira-kira RM3.8 juta.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos 2025 dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu SPRM negeri itu membuat permohonan di Mahkamah Majistret Jenayah 2, Seremban pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban atas nama seorang individu lain bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast