LOGO JPJ

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu tanpa latihan dan ujian atau digelar Lesen Kopi-O.

Iklan atas nama akaun Sekolah Memandu Jaya mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun tersebut adalah palsu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian.

Orang ramai juga digalakan merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.

Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ – https://jpj.spab.gov.my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast