Keadaan kereta Proton X70 dinaiki seorang lelaki meninggal dunia berhampiran kawasan flyover Jalan Kepong-Damansara, Kuala Lumpur, pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta Proton X70 berhampiran kawasan flyover Jalan Kepong-Damansara, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, mangsa yang juga tukang kayu ditemukan unit rondaan bermotosikal (URB) dalam keadaan keretanya seperti terlibat kemalangan, jam 1.30 pagi.

“Anggota ronda URB yang sampai di lokasi memaklumkan lelaki tersebut ditemui meninggal dunia di dalam kereta jam 5.05 pagi.

“Kematian lelaki Cina itu disahkan pihak forensik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, hasil siasatan mendapati, pihaknya menemui jerutan tali pinggang keledar di leher lelaki tersebut sebelum disahkan meninggal dunia, jam 5.15 pagi.

“Kematian mangsa telah disahkan oleh Hospital Selayang jam 5.15 pagi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast