Benjamin Sesko. Foto Sky Sports.

LONDON – Newcastle menunjukkan komitmen tinggi bagi mendapatkan Benjamin Sesko dengan menawarkan kenaikan harga perpindahan daripada £70 juta (RM394 juta) ke RM£90 (RM595 juta) selepas menerima maklum balas positif terkini yang mana penyerang itu sedia menyertai kelab tersebut.

Sekiranya RB Leipzig bersetuju, perjanjian itu bakal menjadi rekod kelab dalam usaha perebutan untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu dengan Manchester United.

Sesko menjadi sasaran utama Newcastle di bahagian serangan dan kelab itu mahu mempercepatkan rundingan terutamanya selepas dimaklumkan dia mahu menandatangani kontrak bersama The Magpies.

Namun, United dilaporkan masih kekal selepas kelab itu menjadi destinasi pilihan Sesko biarpun belum mengemukakan sebarang tawaran rasmi setakat hujung minggu lalu.

Newcastle perlu mendapatkan penyerang baharu sebelum aksi pembukaan musim menentang Aston Villa, minggu depan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast