Tenera Hotel and Suites terletak di Bangi.

KUALA LUMPUR – Hotel Tenera telah mendapat pengiktirafan sebagai hotel bertaraf lima bintang dan ia kini dikenali sebagai Tenera Hotel and Suites.

Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen syarikat dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk kakitangannya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Pengiktirafan ini akan mengu­kuhkan lagi jenama kami dalam industri perhotelan di negara ini sekali gus memberi semangat dan motivasi kepada kami untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Tenera Hotel and Suites diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100 peratus dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

Tenera Hotel and Suites berkonsepkan Mesra Muslim.

Berkonsepkan ‘Mesra Muslim’, antara yang menarik hotel ini mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar dan sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang serta mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.

Sementara itu, bilik-bilik tertentu mempunyai ruang duduk untuk berehat setiap setiap bilik menyediakan bilik mandi peribadi dengan tab mandi dan berhawa dingin serta dilengkapi dengan televisyen skrin rata.

Terletak di Bangi, hotel itu menawarkan penginapan di luar Kuala Lumpur yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak 23 kilomteter

Perkhidmatan pemindahan dan shuttle ke lapangan terbang turut disediakan dengan bayaran tambahan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast