KUALA LUMPUR- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik 3 sen kepada RM2.94 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos ini, namun kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos ini.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Namun harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Manakala harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.17 dan RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast