Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju meneruskan pelaksanaan program Rebat Air Makmur (RAM) yang dijenamakan semula dengan nama Program Air Percuma Pahang 1st yang disasarkan kepada 38,000 penduduk B40 dan ke bawah.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai berkata, perkara itu diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini.

“Langkah ini diambil berdasarkan kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang semakin baik.

 “Pelaksanaan inisiatif ini juga melibatkan pemberian air percuma sebanyak 20 kubik meter (m3) pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenalpasti,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM7.3 juta setahun bagi tujuan itu.

Wan Rosdy berkata, Kerajaan Negeri pada masa sama berharap agar semua pengguna di Pahang dapat mengambil langkah penjimatan penggunaan air dan berusaha mengelakkan pembaziran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast