Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil

KUANTAN – Pemilik rangkaian tempat peranginan Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri memohon Kerajaan Negeri Pahang menarik semua saman yang dikenakan terhadapnya.

Menerusi hantaran klip video berdurasi tujuh minit 25 saat di Facebook Sabrina Syed semalam, beliau turut membuat permohonan maaf kepada kerajaan negeri.

“Saya berdoa dan memohon jasa baik Kerajaan Pahang agar dapat menarik balik semua saman-saman terhadap saya. Kita manusia tidak dapat lari daripada membuat kesilapan dan jila saya ada membuat salah atau tersilap cakap, saya meminta maaf banyak-banyak,” katanya.

Shariffa Sabrina dalam masa sama turut memohon agar kerajaan negeri mempertimbang proses pemutihan terhadap kepada tempat-tempat peranginan yang dibina di sebelah sungai kerana mereka juga membantu menaikkan eko pelancongan di negeri ini.

Sebagai rekod, beliau sebelum ini dikenakan saman sebanyak RM1 juta atas pertuduhan memfitnah kerajaan negeri pada tahun 2022.

Beliau turut berdepan tiga lagi pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, yang didakwa telah dijadikan resort dan tempat perniagaan iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong serta Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, masing-masing di Raub. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast