LONDON – Manchester United dilaporkan menghubungi wakil pemain tengah, Carlos Baleba untuk mendapatkan maklumat mengenai situasi pemain tersebut.
Pakar perpindahan dunia, Fabrizio Romano bagaimanapun mendakwa Brighton merancang untuk mengekalkan Baleba di kelab itu memandangkan tanda harga yang sangat tinggi, menjadikan perpindahan itu sukar untuk direalisasikan.
“United pula merancang untuk mendapatkan pemain tengah baharu selepas menyelesaikan urusan perpindahan penyerang, Benjamin Sesko pada musim panas ini.
“Manchester United percaya bahawa mencapai persetujuan terma peribadi dengan Baleba tidak akan menjadi masalah, namun urusan antara kelab dianggap sangat sukar,” katanya di media sosial.
Sementara itu, wartawan bola sepak, David Ornstein melaporkan United dimaklumkan mengenai pendirian Brighton yang merancang untuk tidak menjual pemain itu pada musim panas ini.
“Semua puhak sedar bahawa perpindahan ini mungkin tidak realistik.
”Namun, United berminat dan dijangka akan mengetahui dalam beberapa hari sama ada ia boleh direalisasikan atau tidak. – Agensi
















