Tertuduh, P. Deva, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun 10 bulan, Julai lalu.

ALOR GAJAH – Seorang sami mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun bulan lalu.

Tertuduh, P. Deva, 32, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa telah melakukan amang seksual dengan cara membuatkan kanak-kanak lelaki berkenaan berusia 12 tahun 10 bulan semasa kejadian menghisap kemaluan tertuduh bagi maksud seksual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik tidur sebuah rumah beralamat di Taman Melaka Perdana, dalam daerah Alor Gajah pukul 3 hingga 4 petang, 4 Julai lalu.

Tertuduh, P. Deva, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun 10 bulan, Julai lalu.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan jaminan RM30,000 serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak menggangu mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Peguam, Datuk P Aravindhakshan bagaimanapun merayu anak guamnya dikenakan ikat jamin rendah kerana tertuduh merupakan seorang sami yang mengajar kanak-kanak sembahyang di kuil India.

Ahli keluarga tertuduh juga hujahnya berasal daripada keluarga miskin yang tiada pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada upah setiap pekerjaan dilakukan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 serta syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Kes akan disebut semula 8 September ini untuk serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast