Seorang guru besar di Melaka didakwa mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun di dalam tandas sekolah dan pejabat, serta membisikkan perkataan ‘I love You’ sejak Jun lalu.
Perbuatan keji lelaki berusia 55 tahun itu terbongkar selepas pelajar Tahun 6 itu mendedahkan kejadian itu kepada ibunya, sebelum wanita berkenaan membawa anaknya membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam.














