Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak selepas Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan. 9 Ogos 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 30 minit berjumpa dengan pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak atau nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi, 36, hari ini.

Perdana Menteri berkunjung di kedai ayam goreng milik pelawak berkenaan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Turut mengiringi kunjungan itu adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Perdana Menteri bertemu dengan Amir selepas pelakon dan pelawak berkenaan semalam ada memuat naik status di Facebook yang mengharapkan kunjungannya.

“Sebelum pulang, saya sempat ketemu saudara Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak di restorannya yang terletak tidak jauh dari Stadium Sultan Muhammad IV.

“Saya zahir simpati pada saudara Amir yang berdepan ujian apabila bapanya menghidap masalah kesihatan yang serius. Saya titipkan pesan supaya saudara Amir terus tabah berdepan dugaan ini, dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ujian yang dihadapi.

“Mendoakan saudara Amir dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan. Semoga Allah SWT mengurniakan afiah dan kesembuhan pada bapanya, Insya-Allah,” tulis dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast