Daging babi seludup yang dirampas PGA - Foto Ihsan PGA

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan daging babi apabila menahan dua buah lori di Jalan Besar Kampung Apal, Lebuhraya Kelantan–Terengganu, semalam.

PGA dalam kenyataan berkata, rampasan dilakukan pada jam 4.45 pagi ketika pihaknya sedang menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 16,000 kilogram karkas babi berada di bahagian belakang kenderaan tersebut, dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan barangan berkenaan yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Dua pemandu bersama seorang kelindan lori lelaki warga tempatan berusia antara 23 hingga 46 tahun dipercayai menjadi penghantar karkas babi itu ke pasaran tempatan,” katanya.

Menurut PGA, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1.04 juta, termasuk muatan daging babi dan lori yang digunakan. 

Semua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast