KUALA LUMPUR – Seorang pakar pendidikan mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang merancang mengadakan himpunan aman di hadapan sekolah yang dikaitkan dengan kejadian melibatkan Zara Qairina Mahathir.
Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, tindakan itu tidak mempunyai motif yang jelas dan bertentangan dengan matlamat untuk mendapatkan keadilan buat Zara Qairina menerusi saluran yang betul.
Malah, beliau yang juga Felo Penyelidik Pendidik Madani menambah, tindakan itu juga hanya mencetuskan satu lagi perbuatan buli kepada pihak lain khususnya warga sekolah berkenaan.

Ini kerana, ujarnya, terdapat pelajar-pelajar di sekolah berkenaan yang sedang bertarung dan mempersiapkan diri untuk menduduk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
Dalam masa sama, menurut beliau, di sekolah itu juga, terdapat guru-guru yang siang dan malam memikirkan berkenaan masa depan anak-anak murid mereka.
Selain itu, katanya, golongan ibu bapa juga sudah pastinya bimbang dan trauma dengan kehadiran sekumpulan orang dewasa yang mungkin menjerit dan melaungkan ayat-ayat tertentu di luar pagar sekolah di mana anak-anak mereka berada.
“Adakah hanya kita yang layak menuntut keadilan untuk Zara Qairina? Sampai sanggup menghina, memperlekeh, dan membongokkan Ketua Perkhidmatan (KPM) yang cuba meredakan keadaan?” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.
Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) merayu orang ramai supaya tidak melakukan perhimpunan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, di peringkat pengurusan tertinggi KPM, pihaknya sememangnya mahu keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina.
Bagaimanapun, pada masa sama, ujar Mohd Azam, KPM juga merayu semua pihak memberikan keadilan yang sama kepada pelajar dan guru di sekolah terbabit dengan menjaga emosi serta psikologi mereka.
Terdahulu, wujud gerakan di media sosial untuk mengadakan himpunan di sekolah berkenaan sebagai antara langkah berterusan mendesak keadilan buat Zara Qairina.
Sementara itu, Radin Muhd Imaduddin mengingatkan sekiranya orang ramai hilang kepercayaan kepada undang-undang dan membiarkan kemarahan di jalanan menentukan hukuman, maka kita sedang membina negara yang lebih ganas daripada punca masalah itu sendiri.
Sedangkan, ujar beliau, keadilan bukan bermaksud menghukum semua orang atas dosa segelintir pihak dan bukan juga menutup sekolah dan melabel guru sebagai `syaitan’.
“Itu bukan perjuangan, itu dendam. Ingatlah, marah yang tidak dibimbing iman hanya akan melahirkan zalim yang baru,” katanya. – MalaysiaGazette

















Agak² la nyawa kot!!!Kalau kena dengan caranya rakyat x marah..Ada akai pikir!!!
sembang kari madani la dr radin mcm nua brahim
apa ke babi pemikiran dorang ni. nyawa ank orang tu. kena kat keluarga dia baru ada akai. ni ke nak kata negaraku aman damai? damai kepala lutut hang. negara kita ni kes rasuah boleh tahan. #kamimahukeadilan
sebab orang ramai berkumpul depan sekolah satu aje sebabnya.sebab kes menyebabkan kematian
tiada tahanan kepada pelaku,pelaku.pegetua dilindungi oleh KPM,patut nya yg sekarang terlibat duduk di KPM.patutnya tahanan reman di balai polis.
Kesombongan dn keangkuhan pihak2 tertentu sehingga kes arwah tak selesai walau dah hampir sebulan. Zalim ditangani dgn cara zalim (demo tu zalim ke?) Baru lah adil. Bertemu buku dgn ruas.
Hukum qisas. Buli dibalas buli. buli balik. ngam.
kerajaan para orang tua tido je la,sblum tido selamanya
tak kena kat diri sniri boleh laa cakap macam tuu, kena kat diri sniri nanti baru taw rasa gumana
BODOH punya statement. Dalam hsl menuntut keadilan ia adalah sangat wajar. Maksudnya JAHAT DI BALAS JAHAT
Harap baca surah Az-Zalzalah
PEMIKIRAN org macam ini seperti PEROGOL bangsa. Barua kepada pihak yang berkuasa. Pemikiran haram dan tak tahu DOSA. Melambak org² akademik & ustaz² spt ni..Sama taraf dengan Pengetua, HEM, Warden² yang terima arahan dari SYAITAN DAN IBLIS untuk rahsia & sembunyikan bukti² siasatan.
PEMIKIRAN org macam ini seperti PEROGOL bangsa. Barua kepada pihak yang berkuasa. Pemikiran haram dan tak tahu DOSA. Melambak org² akademik & ustaz² spt ni..Sama taraf dengan Pengetua, HEM, Warden² yang terima arahan dari SYAITAN DAN IBLIS untuk rahsia & sembunyikan bukti² siasatan.
Tak kena family dia tu yg mcm tu.. Cer kena family dia.. Laju je dok tunjuk perasaan