KUALA LUMPUR – Keluarga allahyarham Zara Qairina Mahathir akan memohon dengan koroner agar mereka diberi peluang untuk terlibat dalam prosiding inkues yang akan dijalankan kelak.
Perkara itu dinyatakan peguam keluarga allahyarham yang terdiri daripada Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi, susulan keputusan yang dibuat Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan inkues dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kematian gadis itu mempunyai unsur jenayah atau tidak.
“Kami akan memohon dengan koroner agar kami diberi peluang untuk terlibat dalam prosiding inkues nanti. Kami berharap prosiding inkues akan berjalan lancar dan tamat dalam masa yang Keadilan bagi Zara adalah matlamat utama kami dalam semua tindakan yang kami lakukan.
“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang telah membuat keputusan untuk menjalankan inkues selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah kenyataan itu lagi, dengan keputusan terkini yang diumumkan AGC, semua perkara yang dimohon pihak keluarga allahyarham dalam surat bertarikh 5 Ogos lalu telah dipenuhi.
Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan AGC memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir semalam.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, proses tersebut akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















