Garisan kuning polis
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya merempuh belakang kereta rosak di lorong kecemasan di Kilometer 12.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kemalangan berlaku pukul 11 malam melibatkan motosikal Yamaha 135LC ditunggang mangsa berusia 40 tahun dan kereta Audi Quattro.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Ulu Choh menuju Kempas telah hilang kawalan. Motosikal tersebut kemudian terlanggar belakang kanan kereta itu yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun semasa diparkir di lorong kecemasan sebelah kiri jalan kerana mengalami kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut penunggang terbabit mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia pukul 4.30 pagi tadi semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kemalangan dan dikompaun RM300.

Balveer Singh meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Hamizan Akmal Affandi 013-8720640.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast