Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan semua pihak yang terlibat untuk membatalkan perhimpunan berhubung isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang dijadualkan diadakan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk pertembungan antara kumpulan bertentangan.

“PDRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial.

“Sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri-negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Khalid, siasatan itu merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman tersebut di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kertas siasatan telah dikemukakan kepada Penjabat Pendawa Raya Pulau Pinang pada 11 Ogos lalu dan kini sedang dalam penelitian pihak berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast