KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh mengesahkan telah dihubungi pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Sehubungan itu katanya, beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11 malam ini dan bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
“Saya akan memberi kerjasama sebaik mungkin.
“Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk menjaga kehormatana negara ini, tidak mengapa..Saya rela dan akan lawan habis-habisan,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.
Terdahulu, Malaysia Gazette melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengarahkan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Himpunan Solidariti Jalur Gemilang di Kepala Batas, Pulau Pinang yang diketuai Akmal
Himpunan yang diadakan semalam dihadiri lebih 500 anak muda terdiri daripada Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN















