Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua daripada individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin berhubung siasatan sindiket penyeludupan di selatan tanah air menyamar sebagai wartawan bagi melindungi peranan sebenar mereka.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan kedua-duanya merupakan bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini bekerja sebagai wartawan di sebuah agensi media dalam talian namun pekerjaan itu dijadikan topeng ketika menjalankan aktiviti bersama sindiket berkenaan.

“Berdasarkan semakan kami, kerja mereka sebagai wartawan hanyalah penyamaran bagi melaksanakan peranan dalam sindiket,” katanya kepada media.

Azam menjelaskan, peranan kedua-dua suspek masih belum dapat dipastikan memandangkan siasatan oleh SPRM masih berjalan.

Semalam, SPRM menahan reman 10 individu termasuk lima pegawai kanan ATM dan dua wartawan agensi media dalam talian dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan di selatan tanah air.

Turut direman seorang pengurus syarikat, seorang pembantu pentadbiran di Persatuan Perubatan Malaysia serta seorang wanita warga asing. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pegawai kanan ATM, wartawan antara 10 direman SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast