Hiew Chee Yong mengaku bersalah dan didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kuantan

KUANTAN – Padah cuba merasuah anggota polis, seorang penjaga kebun didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Hiew Chee Yong, 47, dikenakan denda selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Sazlina Safie kerana melakukan perbuatan itu pada 6 Mei 2024 di hadapan Lokap Berpusat Indera Mahkota.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa pada tarikh tersebut telah memberi suapan berjumlah RM1,500 kepada seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sebagai dorongan melepaskan dua pekerjanya yang dalam tahanan polis berkait siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad, manakala tertuduh diwakili Peguam Ahmad Safiuddin Abdul Rahman.

Selain dikenakan denda RM5,000, tertuduh juga boleh dikenakan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda serta harta alih tertuduh iaitu RM1,500 juga dilucuthak kepada Kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast