Malakoff
Syahrunizam Samsudin dilantik CEO Kumpulan Malakoff Bhd.

KUALA LUMPUR – Syahrunizam Samsudin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malakoff Corp Bhd. yang baharu berkuatkuasa mulai 1 September ini.

Malakoff dalam makluman  kepada Bursa Malaysia memberitahu, pelantikan itu susulan peletakan jawatan Anwar Syahrin Abdul Ajib,52, yang mahu meneruskan peluang lain.

Katanya, Syahrunizam, 51, sebelum ini adalah Pengarah Urusan dan CEO UEM Edgenta Bhd. dari Julai 2020 hingga Ogos 2025.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai CEO Touch ‘n Go Sdn Bhd dari September 2015 hingga Jun 2020. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast