Muhammad Asmawi Sulaiman menunjukkan skaft direka sempena Pahang International Scout Scarf Festival 2025 (PISSF 2025) pada tahun ini

KUANTAN – Sebanyak 15 buah negara termasuk Malaysia akan memeriahkan  Program Pahang International Scout Scarf Festival 2025 (PISSF 2025) di Stadium Tertutup Sukpa Indera Mahkota, di sini, pada esok.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang (Unit Pembangunan Belia) Muhammad Asmawi Sulaiman berkata, lebih 25,000 ahli pengakap dalam negara termasuk 725 ahli pengakap antarabangsa telah membuat pengesahan kehadiran.

Antara negara terlibat ialah Thailand, Myanmar, Singapura, Brunei, Indonesia, Pakistan, Yemen, Vietnam, Filipina, Jepun, Arab Saudi dan  Afrika Selatan.

Menurutnya, PISSF 2025 merupakan program tahunan kali ketiga anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang yang bertujuan untuk memperkasakan belia melalui aktiviti kepengakapan, kepimpinan, pertukaran budaya dan penglibatan komuniti.

“Salah satu elemen utama festival ini ialah sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia, iaitu hari istimewa yang meraikan perpaduan dan identiti bersama dalam kalangan pengakap di seluruh dunia.

“Program ini turut merangkumi pelbagai aktiviti berteraskan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional), STEM, sukan tradisional, warisan dan pelancongan, bagi melahirkan pemimpin muda yang berilmu, berketerampilan dan berpemikiran global,” katanya.

Pada 2023, festival ini menghimpunkan seramai 8,600 peserta, dan pada 2024 jumlah penyertaan meningkat kepada 19,370 peserta, termasuk penyertaan dari negara-negara ASEAN.

Bagi edisi 2025, festival ini diteruskan dengan semangat untuk menyatukan pengakap dari seluruh dunia dalam satu perayaan keamanan, ilmu pengetahuan dan persahabatan antarabangsa itu bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.

Ujar Asmawi, kehadiran puluhan ribu ahli pengakap sekaligus mempromosikan pelancongan negeri ini selain platform untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat dalam kalangan peserta.

“Ia dapat meningkatkan pengetahuan aktiviti sukan, permainan tradisional, tenatng skaf kebangsaan dan pergerakan pengakap.

“Konsep utama program PISSF 2024 adalah pemakaian skaf program oleh semua peserta bagi mengenakan pelbagai tema dan corak skaft yang disediakan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lebih 527 sekolah membabitkan 17,861 pelajar di 11 negeri dari seluruh negara membabitkan 2,228 petugas dan 1,871 guru pengiring terbabit dengan acara pengakap bertaraf antarabangsa kali ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast